Thursday, March 16, 2017

Solat sunat Dhuha dan Tahajjud

Banyak hadis2 yang menunjukkan kelebihan berterusan melakukan solat Dhuha. Antaranya:

i- Hadis: (Hendaklah) di atas setiap sendi-sendi setiap orang kamu sedekah. Maka setiap tasbih adalah sedekah. Setiap tahmid adalah sedekah. setiap tahlil adalah sedekah. Amar makruf adalah sedekah. Nahi Munkar adalah sedekah. Dan memadai daripada yang tersebut dengan melakukan dua rakaat pada waktu Dhuha. HR: Muslim (no: 720).

ii- Hadis Abu Hurairah r.a. katanya: Kekasihku (Rasulullah SAW) berwasiat kepadaku dengan tiga perkara; puasa tiga hari setiap bulan; dua rakaat Dhuha; dan witir sebelum tidur. HR Bukhari (no: 1124) dan Muslim (no: 721).

2) Manakala hujjah Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim dengan hadis Aisyah bahawa beliau tidak pernah melihat Rasulullah SAW solat Dhuha, dijawab seperti berikut:

i- Thabit juga daripada Aisyah bahawa baginda melihat Rasulullah SAW bersolat Dhuha. Sebagaimana dalam Sahih Muslim, Muazah bertanya Aisyah r.a. berapa rakaatkan Rasulullah SAW bersolat Dhuha? Jawabnya: empat rakaat, dan baginda menambah sebanyak yang baginda mahu. (no: 719).

ii- Hadis yang menunjukkan Nabi SAW meninggalkan Dhuha adalah hadis perbuatan (fi'li), manakala hadis galakan adalah hadis perkataan (qauli), maka qauli adalah lebih diutamakan. Kerana hadis fi'li membawa pelbagai kemungkinan.

iii- Rasulullah SAW tidak melazimi solat Dhuha adalah kerana sebab takut difardhukan ke atas umatnya. Kata Aisyah: "Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW solat Dhuha. Dan aku pula melakukan solat Dhuha. Sesungguhnya Rasulullah SAW meninggalkan sesuatu amalan yang baginda sukai, kerana takut orang melakukannya, kemudian ia difardhukan". HR: Muslim (no: 718).

Apabila baginda wafat, maka tiada kemungkinan Dhuha akan difardhukan. Maka kembali kepada hukum asal sunat dilakukan seperti solat2 sunat lain. Sebagaimana halnya dengan sembahyang terawih berjemaah.

iv- Oleh kerana takut difardhukan Dhuha, baginda melakukan secara jarang-jarang. Dan pada kebiasaan pada waktu Dhuha, baginda bukannya selalu berada di rumah. Kerana baginda acapkali keluar bermusafir. Kalau tidak bermusafir pun, baginda berada di luar rumah, di masjid dll. Kalau baginda berada di rumah pun, baginda mempunyai 9 orang isteri. Sebab itulah, jarang sekali Aisyah melihat baginda solat Dhuha, kerana tidak kebetulan dengan waktunya. (Majmuk: 4/38).

3- Mengikut kaedah syarak: melakukan amalan secara berterusan adalah lebih baik daripada melakukannya sekali sekala. Sebagaimana hadis: "Amalan yang paling disukai Allah ialah yang sentiasa dilakukannya sekalipun sedikit". HR Bukhari (no: 1869) dan Muslim (no: 782).

Dalam riwayat Bukhari: Adalah baginda apabila melakukan suatu solat, baginda memeliharanya selalu.



Maulana Asri

Dr. MAZA

Dr. MAZA - Tahajjud

No comments:

Post a Comment