Wednesday, September 4, 2019

Wacana Politik Adalah Bab Aqidah (27-7-2019)


Panelis:
Ustaz Fawwaz Fadzil Noor(Penulis/Penceramah Bebas)
Dr Muhammad Rozaimi Ramle(Presiden IQ Malaysia/Pensyarah UPSI)
Dr Muhammad Atiullah Othman(Pensyarah UPSI)
Moderator: Ustaz Zahiruddin Zabidi

Lokasi    : Auditorium Sime Darby Convention Centre.Bukit Kiara.K.Lumpur

Rujukan:
Matan Jauhar Tauhid @ Kitab Kuning Penulis : Syeikh Ibrahim Al-Laqani
Almawaqif Lil'iiji
Sharh al-Maqasid 1/3                                by Mas'ud ibn Umar Taftazani
Al iqtisod fil usulil al iktiqod al ghazali   ابي حامد الغزالي الاقتصاد في الاعتقاد
Ummatuna baina Qarnain , DR Yusuf Al-Qarahawi.
Ghayat al-maram fi 'ilm al-kalam. by ‏آمدي، علي بن أبي علي. Amidi.
Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj (نهاية المحتاج إلي شرح المنهاج) /Imam Syafi’i
Huraian Al-Aqaid Al-Nasafiyyah, Imam Sa;duddin Al-Taftazani
Faysal al-Tafriqah bayn al-Islam wa'l Zandaqah (فيصل التفرقة بين الإسلام والزندقة) Imam Abu Hamid al-Ghazzali.


Wednesday, February 21, 2018

Ilmu Kesufian

Tasawuf itu adalah mengikhlaskan diri, membetulkan hubungan dengan Tuhan, mengurangkan percakapan yang tidak berfaedah, ia lebih kepada kerohanian bukan kepada perkara yang komersial. Low Profile. Antara mereka seperti Hassan Al Basri, Atho Bin Rabbah, Sufyan al Thawri...antara kitab2 kesufian yang hebat tulisan Imam Ibn Qayyim al-Jawziyya adalah Madarijus- Salikin. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dengan kitab tasawufnya Al-'Ubudiyyah.

Allah Ta’ala mengingatkan kita dalam surah Asy Syu’ara’ ayat 88-89.

يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ{88} إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ


“(yaitu) di hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna. Kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih.”


Monday, January 15, 2018

bacaan dalam ruku'

Dari ‘Aisyah, ia berkata,
كَانَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ فِى رُكُوعِهِ وَسُجُودِهِ « سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِى » يَتَأَوَّلُ الْقُرْآنَ
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memperbanyak membaca ketika ruku’ dan sujud bacaan, “Subhanakallahumma robbanaa wa bihamdika, allahummaghfir-lii (artinya: Maha Suci Engkau Ya Allah, Rabb kami, pujian untuk-Mu, ampunilah aku)”. Beliau menerangkan maksud dari ayat Al Qur’an dengan bacaan tersebut.” (HR. Bukhari no. 817 dan Muslim no. 484).


Bacaan ruku’ dan sujud lainnya yang bisa dibaca,
سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ رَبُّ الْمَلاَئِكَةِ وَالرُّوحِ
Subbuhun qudduus, robbul malaa-ikati war ruuh (artinya: Mahasuci, Maha Qudus, Rabbnya para malaikat dan ruh -yaitu Jibril-).” (HR. Muslim no. 487).


Sumber : https://rumaysho.com/7045-sifat-shalat-nabi-6.htm


Selanjutnya, juga bisa membaca dzikir berikut ini,

اَللَّهُمَّ لَكَ رَكَعْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، وَلَكَ أَسْلَمْتُ، خَشَعَ لَكَ سَمْعِيْ وَبَصَرِيْ وَمُخِّيْ وَعَظْمِيْ وَعَصَبِيْ وَمَا اسْتَقَلَّ بِهِ قَدَمِيْ

“Ya Allah, untukMu aku ruku’. KepadaMu aku beriman, kepadaMu aku berserah diri. Pendengaranku, penglihatanku, otakku, tulangku, sarafku dan apa yang berdiri di atas dua tapak kakiku, telah merunduk dengan khusyuk kepada-Mu.” [HR. Muslim 1/534, begitu juga empat imam hadis, kecuali Ibnu Majah.]


سُبْحَانَ ذِي الْجَبَرُوْتِ وَاْلمَلَكُوْتِ وَالْكِبْرِيَاءِ وَالْعَظَمَةِ
“Maha Suci (Allah) Yang memiliki Keperkasaan, Kerajaan, Kebesaran dan Keagungan.” [HR. Abu Dawud 1/230, An-Nasai dan Ahmad. Dan sanadnya hasan.]

Sunday, November 26, 2017

Istihalah

 Istihalah yang telah menukar sesuatu bahan najis kepada bahan yang lain seperti bangkai kepada abu, mayat yang sudah menjadi tanah, arak kepada cuka, baja najis kepada pokok yang subur dan seumpamanya diiktiraf dalam Fekah Islam sejak dahulu. Cumanya, ada mazhab yang menyempitkan asas istihalah ini seperti Syafi’yyah dan Hanabilah (Hanbali). Ada pula yang meluaskannya seperti Hanafiyyah dan Zahiriyyah juga Malikiyyah. Tokoh-tokoh muhaqqiqin (penganalisis) seperti al-Imam Abu Bakr Ibn al-‘Arabi, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, al-Syaukani, Sadiq Hasan Khan dan lain-lain menyokong dan meneguhkan hujah bahawa peroses istihalah boleh menukar najis kepada bahan yang bersih.
http://drmaza.com/home/?p=2716

Thursday, March 16, 2017

solat hajat berjamaah

Dr. MAZA #1

Dr. MAZA #2

Solat sunat Dhuha dan Tahajjud

Banyak hadis2 yang menunjukkan kelebihan berterusan melakukan solat Dhuha. Antaranya:

i- Hadis: (Hendaklah) di atas setiap sendi-sendi setiap orang kamu sedekah. Maka setiap tasbih adalah sedekah. Setiap tahmid adalah sedekah. setiap tahlil adalah sedekah. Amar makruf adalah sedekah. Nahi Munkar adalah sedekah. Dan memadai daripada yang tersebut dengan melakukan dua rakaat pada waktu Dhuha. HR: Muslim (no: 720).

ii- Hadis Abu Hurairah r.a. katanya: Kekasihku (Rasulullah SAW) berwasiat kepadaku dengan tiga perkara; puasa tiga hari setiap bulan; dua rakaat Dhuha; dan witir sebelum tidur. HR Bukhari (no: 1124) dan Muslim (no: 721).

2) Manakala hujjah Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim dengan hadis Aisyah bahawa beliau tidak pernah melihat Rasulullah SAW solat Dhuha, dijawab seperti berikut:

i- Thabit juga daripada Aisyah bahawa baginda melihat Rasulullah SAW bersolat Dhuha. Sebagaimana dalam Sahih Muslim, Muazah bertanya Aisyah r.a. berapa rakaatkan Rasulullah SAW bersolat Dhuha? Jawabnya: empat rakaat, dan baginda menambah sebanyak yang baginda mahu. (no: 719).

ii- Hadis yang menunjukkan Nabi SAW meninggalkan Dhuha adalah hadis perbuatan (fi'li), manakala hadis galakan adalah hadis perkataan (qauli), maka qauli adalah lebih diutamakan. Kerana hadis fi'li membawa pelbagai kemungkinan.

iii- Rasulullah SAW tidak melazimi solat Dhuha adalah kerana sebab takut difardhukan ke atas umatnya. Kata Aisyah: "Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW solat Dhuha. Dan aku pula melakukan solat Dhuha. Sesungguhnya Rasulullah SAW meninggalkan sesuatu amalan yang baginda sukai, kerana takut orang melakukannya, kemudian ia difardhukan". HR: Muslim (no: 718).

Apabila baginda wafat, maka tiada kemungkinan Dhuha akan difardhukan. Maka kembali kepada hukum asal sunat dilakukan seperti solat2 sunat lain. Sebagaimana halnya dengan sembahyang terawih berjemaah.

iv- Oleh kerana takut difardhukan Dhuha, baginda melakukan secara jarang-jarang. Dan pada kebiasaan pada waktu Dhuha, baginda bukannya selalu berada di rumah. Kerana baginda acapkali keluar bermusafir. Kalau tidak bermusafir pun, baginda berada di luar rumah, di masjid dll. Kalau baginda berada di rumah pun, baginda mempunyai 9 orang isteri. Sebab itulah, jarang sekali Aisyah melihat baginda solat Dhuha, kerana tidak kebetulan dengan waktunya. (Majmuk: 4/38).

3- Mengikut kaedah syarak: melakukan amalan secara berterusan adalah lebih baik daripada melakukannya sekali sekala. Sebagaimana hadis: "Amalan yang paling disukai Allah ialah yang sentiasa dilakukannya sekalipun sedikit". HR Bukhari (no: 1869) dan Muslim (no: 782).

Dalam riwayat Bukhari: Adalah baginda apabila melakukan suatu solat, baginda memeliharanya selalu.



Maulana Asri

Dr. MAZA

Dr. MAZA - Tahajjud