Sunday, November 26, 2017

Istihalah

 Istihalah yang telah menukar sesuatu bahan najis kepada bahan yang lain seperti bangkai kepada abu, mayat yang sudah menjadi tanah, arak kepada cuka, baja najis kepada pokok yang subur dan seumpamanya diiktiraf dalam Fekah Islam sejak dahulu. Cumanya, ada mazhab yang menyempitkan asas istihalah ini seperti Syafi’yyah dan Hanabilah (Hanbali). Ada pula yang meluaskannya seperti Hanafiyyah dan Zahiriyyah juga Malikiyyah. Tokoh-tokoh muhaqqiqin (penganalisis) seperti al-Imam Abu Bakr Ibn al-‘Arabi, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, al-Syaukani, Sadiq Hasan Khan dan lain-lain menyokong dan meneguhkan hujah bahawa peroses istihalah boleh menukar najis kepada bahan yang bersih.
http://drmaza.com/home/?p=2716

Thursday, March 16, 2017

solat hajat berjamaah

Dr. MAZA #1

Dr. MAZA #2

Solat sunat Dhuha dan Tahajjud

Banyak hadis2 yang menunjukkan kelebihan berterusan melakukan solat Dhuha. Antaranya:

i- Hadis: (Hendaklah) di atas setiap sendi-sendi setiap orang kamu sedekah. Maka setiap tasbih adalah sedekah. Setiap tahmid adalah sedekah. setiap tahlil adalah sedekah. Amar makruf adalah sedekah. Nahi Munkar adalah sedekah. Dan memadai daripada yang tersebut dengan melakukan dua rakaat pada waktu Dhuha. HR: Muslim (no: 720).

ii- Hadis Abu Hurairah r.a. katanya: Kekasihku (Rasulullah SAW) berwasiat kepadaku dengan tiga perkara; puasa tiga hari setiap bulan; dua rakaat Dhuha; dan witir sebelum tidur. HR Bukhari (no: 1124) dan Muslim (no: 721).

2) Manakala hujjah Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim dengan hadis Aisyah bahawa beliau tidak pernah melihat Rasulullah SAW solat Dhuha, dijawab seperti berikut:

i- Thabit juga daripada Aisyah bahawa baginda melihat Rasulullah SAW bersolat Dhuha. Sebagaimana dalam Sahih Muslim, Muazah bertanya Aisyah r.a. berapa rakaatkan Rasulullah SAW bersolat Dhuha? Jawabnya: empat rakaat, dan baginda menambah sebanyak yang baginda mahu. (no: 719).

ii- Hadis yang menunjukkan Nabi SAW meninggalkan Dhuha adalah hadis perbuatan (fi'li), manakala hadis galakan adalah hadis perkataan (qauli), maka qauli adalah lebih diutamakan. Kerana hadis fi'li membawa pelbagai kemungkinan.

iii- Rasulullah SAW tidak melazimi solat Dhuha adalah kerana sebab takut difardhukan ke atas umatnya. Kata Aisyah: "Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW solat Dhuha. Dan aku pula melakukan solat Dhuha. Sesungguhnya Rasulullah SAW meninggalkan sesuatu amalan yang baginda sukai, kerana takut orang melakukannya, kemudian ia difardhukan". HR: Muslim (no: 718).

Apabila baginda wafat, maka tiada kemungkinan Dhuha akan difardhukan. Maka kembali kepada hukum asal sunat dilakukan seperti solat2 sunat lain. Sebagaimana halnya dengan sembahyang terawih berjemaah.

iv- Oleh kerana takut difardhukan Dhuha, baginda melakukan secara jarang-jarang. Dan pada kebiasaan pada waktu Dhuha, baginda bukannya selalu berada di rumah. Kerana baginda acapkali keluar bermusafir. Kalau tidak bermusafir pun, baginda berada di luar rumah, di masjid dll. Kalau baginda berada di rumah pun, baginda mempunyai 9 orang isteri. Sebab itulah, jarang sekali Aisyah melihat baginda solat Dhuha, kerana tidak kebetulan dengan waktunya. (Majmuk: 4/38).

3- Mengikut kaedah syarak: melakukan amalan secara berterusan adalah lebih baik daripada melakukannya sekali sekala. Sebagaimana hadis: "Amalan yang paling disukai Allah ialah yang sentiasa dilakukannya sekalipun sedikit". HR Bukhari (no: 1869) dan Muslim (no: 782).

Dalam riwayat Bukhari: Adalah baginda apabila melakukan suatu solat, baginda memeliharanya selalu.



Maulana Asri

Dr. MAZA

Dr. MAZA - Tahajjud

Monday, February 20, 2017

solat sunat sebelum solat subuh

kata Ummul Mukminin 'Aishah r.aha bahawa "Tiada amalan solat nawafil (sunat) yang Rasulullah s.a.w menjaganya lebih daripada 2 rakaat sebelum (solat) subuh". (Riwayat Muslim)

sabda Rasulullah s.a.w: "Dua rakaat sebelum (solat) subuh lebih baik dari dunia dan isinya" (Riwayat Muslim)

Sunday, February 19, 2017

bersugi sebelum solat

“Jika tidak kerana bimbangkan membebankan umatku nescaya akan aku perintahkan mereka bersugi setiap kali waktu solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

http://drmaza.com

Monday, February 13, 2017

Hukum Qunut Subuh Dari Pandangan Sahih


Salah satu masalah yang selalu dibincangkan oleh masyarakat adalah qunut Subuh. Sebagian menganggapnya sebagai amalan sunnah, sebagian lain menganggapnya pekerjaan bid'ah.Malah ada sebahagiannya di tuduh Wahabi kerana meninggalkan qunut Subuh. 

Bagaimanakah hukum qunut Subuh sebenarnya ? 

Jawab : Dalam masalah ibadah, menetapkan suatu amalan bahawa itu adalah disyariatkan (wajib mahupun sunnah) terbatas pada adanya dalil dari Al-Qur'an As-sunnah yang sahih menjelaskannya. Kalau tidak ada dalil yang Sahih maka iainya dikira membuat perkara baru dalam agama (bid'ah), yang terlarang dalam syariat Islam sebagaimana dalam hadis Aisyahr.a riwayat Bukhari-Muslim : مَنْ أَحْدَثَ فِيْ أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَد ٌّ. وَ فِيْ رِوَايَةِ مُسْلِمٍ : ((مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمُرُنَا فَهُوَ رَدَّ 
"Siapa yang yang mengadakan hal baru dalam perkara kami ini (Agama) apa yang sebenarnya bukan dari perkara maka hal itu adalah tertolak". 

Dan dalam riwayat Muslim : "Siapa yang berbuat satu amalan yang tidak di atas perkara kami maka ia (amalan) adalah tertolak". Dan ini hendaknya dijadikan sebagai kaedah asas(pokok) oleh setiap muslim dalam menilai suatu perkara yang disandarkan kepada agama. Setelah memahami asas utama ini, barulah kita melihat penghuraian pendapat-pendapat para ulama dalam masalah ini.


Huraian Pendapat Para Ulama Ada tiga pendapat dikalangan para ulama, tentang disyariatkan atau tidaknya qunut Subuh. 

Pendapat pertama : Qunut subuh disunnahkan secara terus-menerus, ini adalah pendapat Malik, Ibnu Abi Laila, Al-Hasan bin Solih dan Imam Syafi'ie. 

Pendapat kedua : Qunut subuh tidak disyariatkan kerana qunut itu sudah mansukh (terhapus hukumnya). Ini pendapat Abu Hanifah, Sufyan Ats-Tsaury dan lain-lainnya dari ulama Kufah. 

Pendapat ketiga : Qunut pada solat subuh tidaklah disyariatkan kecuali pada qunut nazilah maka boleh dilakukan pada solat subuh dan pada solat-solat lainnya. Ini adalah pendapat Imam Ahmad, Al-Laits bin Sa'd, Yahya bin Yahya Al-Laitsy dan ahli fiqh dari para ulama ahlul hadis. 


Dalil Pendapat Pertama 

Dalil yang paling kuat yang dipakai oleh para ulama yang menganggap qunut subuh itu sunnah adalah hadis berikut ini :

مَا زَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ يَقْنُتُ فِيْ صَلاَةِ الْغَدَاةِ حَتَّى فَارَقَ الدُّنْيَا 

"Terus-menerus Rasulullah s.a.w qunut pada solat Subuh sampai beliau meninggalkan dunia". 

Dikeluarkan oleh 'Abdurrozzaq dalam Al Mushonnaf 3/110 no.4964, Ahmad 3/162, Ath-Thoh awy dalam Syarah Ma'ani Al Atsar 1/244, Ibnu Syahin dalam Nasikhul Hadits Wamansukhih no.220, Al-Ha kim dalam kitab Al-Arba'in sebagaimana dalam Nashbur Royah 2/132, Al-Baihaqy 2/201 dan dalam Ash-Shugro 1/273, Al-Baghawy dalam Syarhus Sunnah 3/123-124 no.639, Ad-Daruquthny dalam Sunannya 2/39, Al-Maqdasy dalam Al-Mukhtaroh 6/129-130 no.2127, Ibnul Jauzy dalam At-Tahqiq no.689-690 dan dalam Al-'Ilal Al-Mutanahiyah no.753 dan Al-Khatib Al-Baghdady dalam Mudhih Auwan Al Jama' wat Tafr iq 2/255 dan dalam kitab Al-Qunut sebagaimana dalam At-Tahqiq 1/463. 

Semuanya dari jalan Abu Ja'far Ar-Rozy dari Ar-Robi' bin Anas dari Anas bin Malik. 

Hadis ini disohihkan oleh Muhammad bin 'Ali Al-Balkhy dan Al-Hakim sebagaimana dalam Khulashotul Badrul Munir 1/127 dan disetujui pula oleh Imam Al-Baihaqi. 

Namun Imam Ibnu Turkumany dalam Al-Jauhar An-Naqy berkata : "Bagaimana mungkin sanadnya menjadi sahih sedang rawi yang meriwayatkannya dari Ar-Rob i' bin Anas adalah Abu Ja'far 'Isa bin Mahan Ar-Rozy mutakallamun fihi (dikritik)". 

Berkata Ibnu Hambal dan An-Nasa`i : "Laysa bil qowy (bukan orang yang kuat)". Berkata Abu Zur'ah : " Yahimu katsiran (Banyak salahnya)". Berkata Al-Fallas : "Sayyi`ul hifzh (Jelek hafalannya)". Dan berkata Ibnu Hibban : "Dia bercerita dari rawi-rawi yang masyhur hal-hal yang mungkar"." 

Dan Ibnul Qoyyim dalam Zadul Ma'ad jilid I hal.276 setelah menukil suatu keterangan dari gurunya Ibnu Taimiyah tentang salah satu bentuk hadis mungkar yang diriwayatkan oleh Abu Ja'far Ar-Rozy, beliau berkata : 

"Dan yang dimaksudkan bahwa Abu Ja'far Ar-R ozy adalah orang yang memiliki hadis-hadis yang mungkar, sama sekali tidak dipakai berhujjah oleh seorang pun dari para ahli hadis periwayatan hadisnya yang ia bersendirian dengannya". 

Dan bagi siapa yang membaca keterangan para ulama tentang Abu Ja'far Ar-Rozy ini, ia akan melihat bahwa kritikan terhadap Abu Ja'far ini adalah Jarh mufassar (Kritikan yang jelas menerangkan sebab lemahnya seorang rawi). Maka apa yang disimpulkan oleh Ibnu Hajar dalam Taqrib-Tahdzib sudah sangat tepat. Beliau berkata : "Shoduqun sayi`ul hifzh khususon 'anil Mughiroh (Jujur tapi jelek hafalannya, terlebih lagi riwayatnya dari Mughirah).

Maka Abu Ja'far ini lemah hadisnya dan hadis qunut subuh yang ia riwayatkan ini adalah hadis yang lemah bahkan hadis yang mungkar. 

Dihukum hadis ini sebagai hadis yang mungkar kerana 2 sebab : 

1-Makna yang ditunjukkan oleh hadis ini bertentangan dengan hadis sahih yang menunjukkan bahawa Nabi s.a.w tidak melakukan qunut kecuali qunut nazilah, sebagaimana dalam hadis Anas bin Malik : 

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ كَانَ لاَ يَقْنُتُ إِلاَّ إِذَا دَعَا لِقَوْمٍ أَوْ عَلَى قَوْمٍ

 "Sesungguhnya Nabi sa.w tidak melakukan qunut kecuali bila beliau berdoa untuk (kebaikan) suatu kaum atau berdo'a (kejelekan atas suatu kaum)" . 

Dikeluarkan oleh Ibnu Khuzaimah 1/314 no. 620 dan dan Ibnul Jauzi dalam At-Tahqiq 1/460 dan disahihkan oleh Syeikh Al-Albani dalam Ash-Sahihah no. 639. 

2- Adanya perbezaan lafaz dalam riwayat Abu Ja'far Ar-Rozy ini sehingga menyebabkan adanya perbezaan dalam memetik hukum dari perbezaan lafaz tersebut dan menunjukkan lemahnya dan tidak tetapnya ia dalam periwayatan. 

Kadang ia meriwayatkan dengan lafaz yang disebut di atas dan kadang meriwayatkan dengan lafaz : أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ قَنَتَ فٍي الْفَجْرِ "Sesungguhnya Nabi s.a.w qunut pada shalat Subuh". Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam Al Mushonnaf 2/104 no.7003 (cet. Darut Taj) dan disebutkan pula oleh imam Al Maqdasy dalam Al Mukhtarah 6/129. 

kemudian sebagian para 'ulama syafieyah menyebutkan bahwa hadis ini mempunyai beberapa jalan-jalan lain yang menguatkannya, maka mari kita melihat jalan-jalan tersebut :

Jalan Pertama : 

Dari jalan Al-Hasan Al-Bashry dari Anas bin Malik, beliau berkata :

 قَنَتَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى الله ُعَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ وَأَبُوْ بَكْرٍ وَعُمْرَ وَعُثْمَانَ وَأَحْسِبُهُ وَرَابِعٌ حَتَّى فَارَقْتُهُمْ 

Hadits ini diriwayatkan dari Al Hasan oleh dua orang rawi : 

Pertama : 'Amru bin 'Ubaid. 

Dikeluarkan oleh Ath-Thohawy dalam Syarah Ma'ani Al Atsar 1/243, Ad-Daraquthny 2/40, Al Baihaqy 2/202, Al Khatib dalam Al Qunut dan dari jalannya Ibnul Jauzy meriwayatkannya dalam At-Tahqiq no.693 dan Adz-Dzahaby dalam Tadzkiroh Al Huffazh 2/494. 

Dan 'Amru bin 'Ubaid ini adalah gembong kelompok sesat Mu'tazilah dan dalam periwayatan hadis ia dianggap sebagai rawi yang matrukul hadits (ditinggalkan hadisnya).

Kedua : Isma'il bin Muslim Al Makky, dikeluarkan oleh Ad-Da raquthny dan Al Baihaqy. 

Dan Isma'il ini dianggap matrukul hadis oleh banyak orang imam. Baca : Tahdzibut Tahdzib. Catatan : Berkata Al Hasan bin Sufyan dalam Musnadnya : Menceritakan kepada kami Ja'far bin Mihr on, (ia berkata) menceritakan kepada kami 'Abdul Warits bin Sa'id, (ia berkata) menceritakan kepada kami Auf dari Al Hasan dari Anas beliau berkata :

 صَلَّيْتُ مَعَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَزَلْ يَقْنُتُ فِيْ صَلاَةِ الْغَدَاةِ حَتَّى فَارَقْتُهُ 

"Saya solat bersama Rasulullah s.a.w maka beliau terus-menerus qunut pada solat Subuh sampai saya berpisah dengan beliau". 

Riwayat ini merupakan kekeliruan dari Ja'far bin Mihron sebagaimana yang dikatakan oleh imam Adz-Dzahaby dalam Mizanul I'tidal 1/418. Kerana 'Abdul Warits tidak meriwayatkan dari Auf tapi dari 'Amru bin 'Ubeid sebagaiman dalam riwayat Abu 'Umar Al Haudhy dan Abu Ma'mar – dan beliau ini adalah orang yang paling kuat riwayatnya dari 'Abdul Warits-

Jalan kedua : 

Dari jalan Khalid bin Da'laj dari Qotadah dari Anas bin M alik :

 صَلَّيْتُ خَلْفَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ وَخَلْفَ عُمَرَ فَقَنَتَ وَخَلْفَ عُثْمَانَ فَقَنَتَ 

"Saya solat di belakang Rasulullah shollallahu 'alaihi wa alihi wa sallam lalu beliau qunut, dan dibelakang 'umar lalu beliau qunut dan di belakang 'Utsman lalu beliau qunut".


Dikeluarkan oleh Al Baihaqy 2/202 dan Ibnu Syahin dalam Nasikhul Hadis wa Mansukhih no.219. Hadis di atas disebutkan oleh Al Baihaqy sebagai pendukung untuk hadis Abu Ja'far Ar-Rozy tapi Ibnu Turkumany dalam Al Jauhar An Naqy menyalahkan hal tersebut, beliau berkata : "Perlu dilihat keadaan Khalid apakah dipakai sebagai syahid (pendukung) atau tidak, karena Ibnu Hambal, Ibnu Ma'in dan Ad-Daruquthny melemahkannya dan Ibnu Ma' in berkata di (kesempatan lain) : laisa bi syay`in (tidak dianggap) dan An-Nasa`i berkata : laisa bi tsiqoh (bukan tsiqoh). Dan tidak seorangpun dari pengarang Kutubus Sittah yang mengeluarkan hadisnya. 

Dan dalam Al-Mizan, Ad Daraquthny mengkategorikannya dalam rawi-rawi yang matruk. Kemudian yang aneh, di dalam hadis Anas yang lalu, perkataannya "Terus-menerus beliau qunut pada solat Subuh hingga beliau meninggalkan dunia", itu tidak terdapat dalam hadis Khalid. 

Yang ada hanyalah "beliau (nabi) 'alaihis Salam qunut", dan ini adalah perkara yang ma'ruf (dikenal). Dan yang aneh hanyalah terus-menerus melakukannya sampai meninggal dunia.

Maka di atas anggapan dia sesuai sebagai pendukung, bagaimana layak hadisnya dijadikan sebagai syahid (pendukung)". 

Jalan ketiga : Dari jalan Ahmad bin Muhammad dari Dinar bin 'Abdillah dari Anas bin Malik : 
مَا زَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ يَقْنُتُ فِيْ صَلاَةِ الْصُبْحِ حَتَّى مَاتَ 

"Terus-menerus Rasulullah S.a.w qunut pada sholat Subuh sampai beliau meninggal".

Dikeluarkan oleh Al Khatib dalam Al Qunut dan dari jalannya, Ibnul Jauzy dalam At-Tahq iq no. 695. Ahmad bin Muhammad yang diberi gelar dengan nama Ghulam Khalil adalah salah seorang pemalsu hadis yang terkenal. Dan Dinar bin 'Abdillah, kata Ibnu 'Ady : "Mungkarul hadis (Mungkar haditsnya)". Dan berkata Ibnu Hibba n : "Ia meriwayatkan dari Anas bin Malik perkara-perkara palsu, tidak halal dia disebut di dalam kitab kecuali untuk mencelanya". 

Kesimpulan pendapat pertama: 
Jelaslah dari huraian diatas bahawa seluruh dalil-dalil yang dipakai oleh pendapat pertama adalah hadis yang lemah dan tidak boleh dikuatkan. Jika sekalipun dianggapkan dalil mereka itu sahih boleh dipakai berhujjah, juga tidak mampu dijadikan dalil akan disunnahkannya qunut subuh secara terus-menerus, sebab qunut itu secara bahasa mempunyai banyak pengertian. 

Ada lebih dari 10 makna sebagaimana yang dinukil oleh Al-Hafidh Ibnu Hajar dari Al-Iraqi dan Ibnul Arabi. 
1) Doa 
2) Khusyu' 
3) Ibadah 
4) Taat 
5) Menjalankan ketaatan. 
6) Penetapan ibadah kepada Allah 
7) Diam 
8) Shalat 
9) Berdiri 
10) Lamanya berdiri 
11) Terus menerus dalam ketaatan

Dan ada makna-makna yang lain yang dapat dilihat dalam Tafsir Al-Qurthubi 2/1022, Mufradat Al-Qur'an karya Al-Ashbahany hal. 428 dan lain-lain. 

Maka jelaslah lemahnya dalil orang yang menganggap qunut subuh terus-menerus itu sunnah. 

Dalil Pendapat Kedua Mereka berdalilkan dengan hadis Abu Hurairah riwayat Bukhary-Muslim : 

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ حِيْنَ يَفْرَغُ مِنْ صَلاَةِ الفَجْرِ مِنَ الْقِرَاءَةِ وَيُكَبِّرُ وَيَرْفَعُ رَأْسَهُ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ ثُمَّ يَقُوْلُ وَهُوَ قَائِمٌ اَللَّهُمَّ أَنْجِ اَلْوَلِيْدَ بْنَ الْوَلِيْدِ وَسَلَمَةَ بْنَ هِشَامٍ وَعَيَّاشَ بْنَ أَبِيْ رَبِيْعَةَ وَالْمُسْتَضْعَفِيْنَ مِنَ الْمُُؤْمِنِيْنَ اَللَّهُمَّ اشْدُدْ وَطْأَتَكَ عَلَى مُضَرَ وَاجْعَلْهَا عَلَيْهِمْ كَسِنِيْ يُوْسُفَ اَللَّهُمَّ الْعَنْ لِحْيَانَ وَرِعْلاً وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ عَصَتِ اللهَ وَرَسُوْلَهُ ثُمَّ بَلَغَنَا أَنَهُ تَرَكَ ذَلِكَ لَمَّا أَنْزَلَ : (( لَيْسَ لَكَ مِنَ الأَمْرِ شَيْءٌ أَوْ يَتُوْبَ عَلَيْهِمْ أَوْ يُعَذِّبَهُمْ فَإِنَّهُمْ ظَالِمُوْنَ )) 

"Adalah Rasulullah s.a.w ketika selesai membaca ( dari rakaat kedua) di solat Fajr dan kemudian bertakbir dan mengangkat kepalanya (I'tidal) berkata : "Sami'allahu liman hamidah rabbana walakal hamdu, lalu beliau berdoa dalaam keadaan berdiri. "Ya Allah selamatkanlah Al-Walid bin Al-Walid, Salamah bin Hisyam, 'Ayyasy bin Abi Rabi'ah dan orang-orang yang lemah dari kaum mu`minin. Ya Allah keraskanlah (azab-Mu) atas kabilah Mudhar dan jadianlah atas mereka tahun-tahun (kelaparan) seperti tahun-tahun (kelaparan yang pernah terjadi pada masa) Nabi Yusuf a.s. Wahai Allah, laknatlah kabilah Lihyan, Ri'lu, Dzakw an dan 'Ashiyah yang bermaksiat kepada Allah dan Rasul-Nya. 

Kemudian sampai kepada kami bahwa beliau meninggalkannya tatkala telah turun ayat :

 "Tak ada sedikitpun campur tanganmu dalam urusan mereka itu atau Allah menerima taubat mereka, atau mengazab mereka, karena sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim". (HSR.Bukhary-Muslim) 

Berdalilkan dengan hadis ini menganggap mansukh-nya qunut adalah pendalilan yang lemah kerana dua hal : 

Pertama : ayat tersebut tidaklah menunjukkan mansukh-nya qunut sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Al-Qurthuby dalam tafsirnya, sebab ayat tersebut hanyalah menunjukkan peringatan dari Allah bahwa segala perkara itu kembali kepada-Nya. Dialah yang menentukannya dan hanya Dialah yang mengetahui perkara yang ghoib. 

Kedua : Diriwayatkan oleh Bukhary – Muslim dari Abu Hurairah, beliau berkata : 

وَاللهِ لَأَقْرَبَنَّ بِكُمْ صَلاَةَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ فَكَانَ أَبُوْ هُرَيْرَةَ يَقْنُتُ فِي الظُّهْرِ وَالْعِشَاءِ الْآخِرَةِ وَصَلاَةِ الْصُبْحِ وَيَدْعُوْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَيَلْعَنُ الْكُفَّارَ. 

Dari Abi Hurairah radliyallahu `anhu beliau berkata : "Demi Allah, sungguh saya akan mendekatkan untuk kalian cara shalat Rasulullah shallallahu `alaihi wa alihi wa sallam. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada shalat Dhuhur, Isya' dan Shubuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan memintakan laknat untuk orang-orang kafir". 

Ini menunjukkan bahwa qunut nazilah belum mansukh. Andaikata qunut nazilah telah mansukh tentunya Abu Hurairah tidak akan mencontohkan cara sholat Nabi shallallahu `alaihi wa alihi wa sallam dengan qunut nazilah .

Dalil Pendapat Ketiga 

Satu : 

Hadis Sa'ad bin Thoriq bin Asyam Al-Asyja'i

 قُلْتُ لأَبِيْ : "يَا أَبَتِ إِنَّكَ صَلَّيْتَ خَلْفَ رَسُوْلُ الله صلى الله عليه وآله وسلم وَأَبِيْ بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيَ رَضِيَ الله عَنْهُمْ هَهُنَا وَبِالْكُوْفَةِ خَمْسَ سِنِيْنَ فَكَانُوْا بَقْنُتُوْنَ فيِ الفَجْرِ" فَقَالَ : "أَيْ بَنِيْ مُحْدَثٌ". 

"Saya bertanya kepada ayahku : "Wahai ayahku, engkau sholat di belakang Rasulullah s.a.w dan di belakang Abu Bakar, 'Umar, 'Utsman dan 'Ali r.ahum di sini dan di Kufah selama 5 tahun, apakah mereka melakukan qunut pada sholat subuh ?". Maka dia menjawab : "Wahai anakku hal tersebut (qunut subuh) adalah perkara baru (bid'ah)". 

Dikeluarkan oleh Tirmidzy no. 402, An-Nasa`i no.1080 dan dalam Al-Kubro no.667, Ibnu Majah no.1242, Ahmad 3/472 dan 6/394, Ath-Thoy alisy no.1328, Ibnu Abi Syaibah dalam Al Mushonnaf 2/101 no.6961, Ath-Thohawy 1/249, Ath-Thobarany 8/no.8177-8179, Ibnu Hibban sebagaimana dalam Al-Ihs an no.1989, Baihaqy 2/213, Al-Maqdasy dalam Al-Mukhtarah 8/97-98, Ibnul Jauzy dalam At-Tahqiq no.677-678 dan Al-Mizzy dalam Tahdzibul Kam al dan dishohihkan oleh syeikh Al-Albany dalam Irwa`ul Gholil no.435 dan syeikh Muqbil dalam Ash-Shohih Al-Musnad mimma laisa fi Ash-Shoh ihain. 

Dua : 

Hadis Ibnu 'Umarr.a 

عَنْ أَبِيْ مِجْلَزِ قَالَ : "صَلَّيْتُ مَعَ اِبْنِ عُمَرَ صَلاَةَ الصُّبْحِ فَلَمْ يَقْنُتْ". فَقُلْتُ : "آلكِبَرُ يَمْنَعُكَ", قَالَ : "مَا أَحْفَظُهُ عَنْ أَحَدٍ مِنْ أَصْحَابِيْ". 

" Dari Abu Mijlaz beliau berkata : saya solat bersama Ibnu 'Umar solat shubuh lalu beliau tidak qunut. Maka saya berkata : apakah lanjut usia yang menahanmu (tidak melakukannya). Beliau berkata : saya tidak menghafal hal tersebut dari para sahahabatku".

Dikeluarkan oleh Ath-Thohawy 1246, Al-Baihaqy 2213 dan Ath-Thabarany sebagaimana dalam Majma' Az-Zawa'id 2137 dan Al-Haitsamy berkata :"rawi-rawinya tsiqoh". 

Ketiga : 

tidak ada dalil yang shohih menunjukkan disyari'atkannya mengkhususkan qunut pada solat shubuh secara terus-menerus. 

Keempat : 

qunut shubuh secara terus-menerus tidak dikenal dikalangan para sahahabat r.a sebagaimana dikatakan oleh Ibnu 'Umar diatas, bahkan sheikh islam Ibnu Taimiyah dalam Majmu' Al-Fatawa berkata : "dan demikian pula selain Ibnu 'Umar dari para sahahabat, mereka menghitung hal tersebut dari perkara-perkara baru yang bid'ah". 

Kelima : 

nukilan-nukilan orang-orang yang berpendapat disyari'atkannya qunut shubuh dari beberapa orang sahabat bahawa mereka melakukan qunut, nukilan-nukilan tersebut terbagi dua : 

1) Ada yang sahih tapi tidak ada pendalilan dari nukilan-nukilan tersebut. 

2) Sangat jelas menunjukkan mereka melakukan qunut shubuh tapi nukilan tersebut adalah lemah tidak boleh dipakai berhujjah. 

Keenam: 

setelah mengetahui apa yang disebutkan diatas maka sangatlah mustahil mengatakan bahwa disyari'atkannya qunut subuh secara terus-menerus dengan membaca do'a qunut "Allahummahdinaa fi man hadait…….sampai akhir do'a kemudian diaminkan oleh para ma'mum, andaikan hal tersebut dilakukan secara terus menerus tentunya akan dinukil oleh para shahabat dengan nukilan yang pasti dan sangat banyak sebagaimana halnya masalah solat karena ini adalah ibadah yang kalau dilakukan secara terus menerus maka akan dinukil oleh banyak para shahabat. Tapi kenyataannya hanya dinukil dalam hadis yang lemah(Thaif). 

Demikian keterangan Imam Ibnul qoyyim Al-Jauziyah dalam Zadul Ma'ad. 

Kesimpulan Jelaslah dari huraian di atas lemahnya dua pendapat pertama dan kuatnya dalil pendapat ketiga sehingga memberikan kesimpulan pasti bahwa qunut subuh secara terus-menerus selain qunut nazilah adalah bid'ah tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabatnya. Wallahu a'lam. 

Silahkan lihat permasalahan ini dalam Tafsir Al Qurthuby 4/200-201, Al Mughny 2/575-576, Al-Inshof 2/173, Syarh Ma'any Al-Atsar 1/241-254, Al-Ifshoh 1/323, Al-Majmu' 3/483-485, Hasyiyah Ar-Raud Al Murbi' : 2/197-198, Nailul Author 2/155-158 (Cet. Darul Kalim Ath Thoyyib), Majm u' Al Fatawa 22/104-111 dan Zadul Ma'ad 1/271-285.

http://as-sahih.blogspot.my/2009/12/hukum-qunut-subuh-dari-pandangan-sahih.html














Mengangkat Tangan dan Mengaminkan Doa Imam qunut Subuh - Fatwa Ulama



Bismillah was solaaatu was salaamu a'la Rasulillah,

Nukilan ini adalah untuk mereka yang berpendapat bahawa membaca doa qunut dalam solat Subuh secara berterusan bukan sunnah Nabi SAW. Sebagaimana pendapat sebahagian ulama salaf seperti Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad bin Hanbal dll rahimahumullah.

Permasalahannya disini bukan tentang membaca qunut Subuh itu sendiri, pembahasan ini masyhur dan mudah didapati dimana2 lelaman internet. Ia juga bukan berkaitan dengan hukum mengangkat tangan ketika membaca qunut, hampir tiada khilaf dikalangan masyaikh bahawa Nabi SAW telah mengangkat tangan ketika qunut, begitu juga Umar Ibnul Khattab r.anhu dan diaminkan oleh para sahabat dibelakang.

Mahallun niza'nya adalah : Apakah makmum harus ikut mengangkat tangan dan mengaminkan doa qunut Imam setiap solat Subuh?

Tujuan posting ini adalah mengumpulkan fatwa para ulama yang dianggap imam-imam dan masyaikh mereka2 yang bermanhaj salafus soleh sebagai rujukan.


Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rhm

...Dan telah jelas dari apa yang kami sebutkan bahawa qunut itu ketika Nawazil, dan bahawa doanya dalam qunut bukan sesuatu yang khusus, dan tidak berdoa dengan apa yang terlintas dihatinya, bahkan hendaklah dia berdoa dengan doa yang masyru' yang sesuai dengan sebab qunut, sebagaimana dia berdoa ketika istisqa' ( minta hujan ) dia berdoa dengan yang sesuai dengan maksudnya, maka demikian juga jika berdoa minta pertolongan ( keatas musuh ) dia berdoa sesuai dengan maksudnya, seperti juga jika dia berdoa diluar solat untuk sebab itu, maka dia akan berdoa sesuai dengan maksudnya,. Inilah yang terdapat pada sunnah Rasulullah SAW dan sunnah Khulafa' ar-Rasyideen.

Barangsiapa yang berkata ia adalah sebahgian dari Ab'adh solat yang ditutupkan dengan sujud sahwi, maka dia telah mengasaskannya atas alasan bahawa ia adalah sunnat yang disnnatkan secara berterusan, seperti tasyyahud awal dan seumpamanya, dan telah jelas juga bahawa ia bukan demikian, ia bukan sunnah raatibah, tidak disujud (sahwi ) untuknya. Tetapi siapa yang mengi'tkiadkan demikian secara ta'weel maka baginya ta'weelnya, seperti semua masalah ijtihad.

Oleh yang demikian, seyogianya bagi makmum mengikut imamnya didalam perkara yang dibenarkan diijtihadkan, apabila dia qunut, maka qunutlah bersamanya, jika imam tidak qunut maka dia tidak qunut. Kerana Nabi SAW telah bersabda :

إننما جُعل الإمامُ لِيؤتَمَّ به

(( Hanyasanya dijadikan imam itu agar diikuti.)) ( Bukhary : 662 )

Dan beliau bersabda :

فَلا تختلفوا على أئمتكم

(( Jangan kamu bersalahan dengan imam2 kamu )).

Dan telah tsabit dalam as-sahih bahawa beliau bersabda :

يُصَلون لكُم فإن اصابوا فلكم و لهم، و إن أخطؤا فلكم و عليهم

(( Mereka solat untuk kamu ( mengimami ) jika mereka betul, maka bagi kamu ( pahala ) dan bagi mereka, jika mereka salah maka bagi kamu ( pahala ) dan atas mereka ( dosanya ).))

Tidakkah kau lihat jika imam membaca surah selepas Fatehah dua rakaat terakhir dan memanjangkan pula bacaannya lebih dari dua rakaat pertama, kamu tetap wajib mutabaah imam dalam hal demikian?

Adapun mendahului imam maka tidak boleh. Jika imam qunut maka tidak boleh bagi makmum mendahuluinya, tidak boleh tidak mesti mengikutinya, oleh kerana itu apabila Ibnu Masu'd meningkari perbuatan Utsman r.a meyempurnakan solat 4 rakaat di Mina kemudian tetap solat 4 rakaat dibelakang beliau lalu ditanyakan kepada beliau : beliau menjawab : " الخلاف شر " ( Khilaf itu buruk.)

Demikian juga Anas bin Malik r.a bila ditanya tentang waktu melontar jamrah, beliau menjawabnya ( dengan sunnah ) kemudian beliau berkata : " Lakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Imammu ." Wallahu a'lam. ( Majmu' Fatawa : jilid 23 )

Fatwa Lajnah Daaimah

.....Imam Malik rhm telah mensunnatkan qunut dirakaat terakhir solat Subuh sebelum ruku', Imam Syafiey pula berpendapat bahawa qunut itu sunnah selepas ruku', dan yang demikian itu adalah pendapat sekumpulan Salaf dan Khalaf. Ringkasnya, mengkhususkan qunut pada solat Subuh termasuk masail khilafiyyah ijtihadiyyah, barangsiapa solat dibelakang imam yang berqunut Subuh secara khusus samada sebelum atau selepas ruku', maka hendaklah mengikutinya, walaupun yang rajih adalah hanya berqunut didalam solat fardhu bila ada nazilah sahaja.

Abdullah bin Manee', Abdullah bin Ghudayyan, Abdur Razzaq Afeefy

Fatwa Syaikh Ibn Baz rhm

Soalan :

Jika aku tinggal bersama orang-orang yang tidak qunut, kemudian aku pindah tinggal bersama mereka yang berqunut, adakah aku qunut bersama mereka, atau bagaimana kamu nasihatkan aku?

Jawaban :

Jika mereka qunut, maka qunutlah bersama mereka, dan terangkanlah yang sunnah kepada mereka jika engkau mempunyai ilmu, ini disebabkan umum sabda Nabi SAW : (( Hanyasanya dijadikan imam itu agar diikuti, maka jangan kamu menyelisihinya. )), dan mereka mempunyai syubhat; kerana sebahgaian ahlul ilm berkata demikian, mereka berkata : ( sunnah ) terus menerus berqunut dalam solat Subuh. Maka jika mereka berqunut, maka qunutlah bersama mereka, dan ajarkan sunnah kepada mereka jika engkau mengetahui moga2 mereka mengambil faidah darimu.

Soalan :

Jadi qunut dalam solat Subuh tidak mewajibkan khilaf dikalangan muslimin?

Jawab :

Tidak seyogianya khilaf dikalangan muslimin, kerana terdapat syubhat dan disebutkan oleh sebahagian ulama, tetapi meninggalkannyalah afdhal , lebih selamat, lebih rajih; kerana kata Sa'ad bin Toriq al-Asyja'ey r.anhu, : (( Aku bertanya bapaku : Wahai bapaku! Engkau telah solat dibelakang Rasulullah SAW , Abu Bakar, Ustman dan Ali, apakah mereka qunut dalam solat Fajar?


Wahai anakku, ia muhdath ( diada2kan ).))

Maka ini menunjukkan bahawa bukan sunnah mereka berqunut secara berterusan dalam Solat Fajar, tetapi jika ada hajat, jika ada nazilah, musuh, maka mereka berqunut Nazilah dalam solat Subuh dan selainnya. Demikianlah yang dilakukan Rasulullah SAW.

http://www.binbaz.org.sa/mat/15922


Fatwa Syaikh Albany rhm


Soalan

Imam doa qunut, bolehkah makmum mengangkat tangannya ?

Jawaban :
Mesti ( لا بد ) mengikut imam, samada dia betul atau salah, kerana Nabi SAW telah meng"umum"kan apabila baginda bersabda : (( Hanyasanya dijadikan imam itu agar dikuti )) kemudian terdapat beberapa furu' yang menguatkan umum ini. Tiada perlunya sekarang memperincikannya ..


http://www.alalbany.ws/alalbany/audio/325/325_05.rm

Didalam fatwa lain yang panjang, Syaikh Albany rhm telah berkata ( secara ringkasan ):

1) Jika aku solat belakang Syaikh Ibn Baz yg bersedekap lepas ruku' aku akan ikut bersedekap
2) Kalau aku ikut solat belakang Imam Abu Hanifah rhm sendiri atau imam yg mengikut beliau lalu ((sadl )) kan tangannya aku ikut sadl ( ketika intiqal dari rukun kerukun )
3) Kalau imam aku tidak duduk jalsah istirahah, aku pun tidak duduk
4) kalau imam aku bangun rakaat kelima kerana lupa, aku ingatkan, kalau dia terus jugak aku ikut walaupun aku yakin imam aku salah. Aku tak ikut pendapat Ibnu Taimiyah, yg kata jgn ikut imam dlm hal ini.

Hujjahnya ?

Beliau baca hadith :

1) Innama ju'ila al-imam liyu'tamma bihi... yg makruf. diakhirnya,(( jika imam solat duduk kamu duduk.))

Wajhu al-istidlal : kesalahan solat duduk bagi yg mampu berdiri digugurkan semata2 kerana ikut imam, maka haiah solat lain lebih2 lagi.

Ada pembaca yang mungkin tahu bahawa beliau berkata qunut subuh bid'ah, qabd cara Ibn Baz bid'ah, tapi inilah fatwa beliau , syadidu mutabaatil imam. Paling tolerant yg ana pernah jumpa. Mutaba'ah tammah!

Tetapi beliau ada mensyaratkan :-

1) Imam bukan sengaja qunut juga walaupun tahu qunut bukan sunnah, tetapi seorang mujtahid atau mengikut seorang mujtahid. Dalam perbuatan " haiah " solat lain hendaklah Imamnya betul2 mengikut mazhabnya, kalau imam bermazhab Syafiey tidak mengangkat tangan ketika intiqal beliau akan tetap angkat ikut sunnah, kerana imam bersalahan dengan mazhabnya sendiri.

2) Makmum tahu akan perbuatan2 imam. seperti angkat atau tidak angkat tangan, duduk atau tidak duduk istirahah, berdekap lepas ruku' atau tidak dsbg.

http://live1.islamweb.net/Lecturs/malalbane/31998.rm

Fatwa Syaikh Ibn al-Uthaimeen rhm

...Kemudian penanya ini berkata : jika seorang insan menjadi makmum, apakah dia mengikut imam ini lalu mengangkat kedua tangannya dan mengaminkan bersamanya atau lepaskannya kesampingnya, maka jawabnya kami katakan bahkan hendaklah dia mengaminkan doa imam dan mengangkat kedua tangannya kerana mengikut imam dan takut bersalahan.

Sesunguhnya Imam Ahmad rhm yang berpendapat tidak disyariatkan qunut dalam solat Fajar telah me'nas'kan hendaklah seorang makmum mengikut imam yang qunut dalam solat Fajar dan mengaminkan doanya sedangkan beliau tidak berpendapat disyariatkan qunut dalam solat Fajar dalam pendapat masyhur darinya, tetapi beliau rahimahullah telah meringankan dalam mutaba'atul imam yang qunut dalam solat Fajar kerana takut khilaf yang akan mengakibatkan bersamanya khilafnya hati2.

Dan inilah yang datang dari para sahabat r.anhum ..

**Kemudian beliau telah membawa atsar sahabat dan Uthman bin Affan, dimana mereka mengikut Ustman walaupun mereka menganggap solat cara Uthman itu munkar, menyalahi sunnah. Berkata Ibnu Masu'd r.a : al-khilaf syarr.

http://www.ibnothaimeen.com/all/noor/article_3050.shtml

Fatwa Syaikh Abdul Muhsin Al-A'bbaad

" Seseorang mengikuti imam didalam masalah-masalah khilafiyyah ( yang masih diperselisihkan oleh para ulama ) ... Dia harus mengikut imam , dan tidak boleh memisahkan diri atau meninggalkan solat belakang orang yang berqunut. Jika seseorang memandang bahawa amalan itu tidak sejalan (dengan sunnah) atau dia berpendapat bahawa perkara itu bid'ah sedangkan yang lain berpendapat bahawa itu adalah sunnah; dalam kondisi seperti itu dia tidak boleh meninggalkan solat dibelakang orang yang berbeda pendapat dengannya saat dia mengamalkan apa
yang dia ( imam )yakini. ."

14 Contoh Praktek Hikmah Dalam Berdakwah m/s 144


Fatwa Syaikh Rabee' Al-Madkhaly

Jika imam solat dan berunut, qunutlah bersamanya, bersalahannya imam dengan makmum walaupun makmum memandang solat imam tidak sah dlm mazhabnya tetapi ia sah menurut mazhab imam ini, solatlah belakangnya, Rasulullah SAW telah memerintahkan agar solat dibelakangnya sabda beliau : ((Mereka solat untuk kamu, jika mereka betul maka bagi kamu dan bagi mereka jika mereka salah maka bagi kamu dan atas mereka.))

Adalah salaf yakni Khalifah ar-Rashid telah singgah diMadinah untuk menunaikan haji dan berbekam, beliau bertanya Imam Malik : " Aku telah berbekam boleh aku solat dengan tanpa berwudhu?" Jawab Malik : "Solatlah!." Maka beliau pun solat menjadi imam tanpa berwudhu kerana berbekam.

Dalam mazhab Hanafi berbekam membatalkan wudhu, maka ditanya kepada Abu Yusuf ( murid Imam Abu Hanifah ): " Bagaimana kau solat dibelakang Ar-Rasyid sedangkan beliau berbekam dan tidak berwudhu ?" Beliau menjawab : " Subhaanallah, beliau ameerul mu'minin !"

Ibnu Taimiyah mempunyai kata2 : (( Hendaklah engkau solat dibelakang imam walaupun jika engkau khilaf dengannya tentang sesuatu, engkau dapati yang dia laukan batil, solatnya tidak sah, tetapi dia ( imam ) memiliki usul, dalil, padanya solatnya sah, maka solat dibelakangnya walaupun padamu tidak sah. Melainkan engkau yakin dia tidak berwudhu, dia kata kepadamu ; aku tidak berwudhu, aku solat tanpa wudhu!
Maka solatnya batil pada mazhabnya dan mazhabmu. ))

http://www.kulalsalafiyeen.com/vb/showthread.php?t=1023


Fatwa Syaikh Masyhur Al-Salman

Soalan :

Diharapkan perincian tentang mutaba'atul imam

Jawaban :

Masalah mengikut imam adalah masalah yang terdapat perbezaan pendapat, ulama berbeza pendapat tentang makna sabda Nabi SAW : (( hanyasanya dijadikan imam untuk diikuti ))

Yang aku lihat rajih adalah, apabila imam menambah dalam solat, hendaklah makmum meningatkannya, jika imam teruskan juga, hendaklah mereka berdiri bersamanya dan mengikutnnya. Adapun bila imam menyalahi petunjuk Nabi SAW didalam haiah solat, maka kami lebih beruntung dengan sunnah Nabi dari imam ini, dan aku meminjam kata2nya kepada Ali r.anhu yang dikeluarkan An-Nasaiey didalam al-Mujtaba dengan sanad jayyid, kata beliau : (( Apakah kami meninggalkan sunnah Nabi kami kerana perbuatan seorang badwi yang kencing dikakinya? " Maka aku lebih beruntung dengan petunjuk Nabi SAW dari imam ini, dan yang penting adalah mengikut imam yang terbesar : Nabi SAW (( Solatlah seperti kamu melihat aku solat.))

Akan tetapi, jika imam menyalahi petunjuk Nabi SAW lalu menambah contohnya qunut Fajar, maka tidak boleh bagiku menyalahinya, dan aku qunut bersamanya, ini padaku adalah makna sabda Nabi SAW ; (( Mereka solat untuk kamu ... )). Dan inilah fahaman sahabat yang aku faham dalam masalah ini, maka Ibnu Masu'd apabila Uthman solat empat rakaat dalam safar, beliau telah bangun dan berkhutbah, (( Sesungguhnya aku telah solat belakang Nabi dua rakaat, belakang Abu Bakar dua rakaat, belakang Umar dua rakaat, disini aku solat empat rakaat, semoga yang aku dapat dari empat rakaat ini dua rakaat yang diterima, sesungguhnya khilaf itu buruk.)) ...

http://www.almenhaj.net/makal.php?linkid=397

Inilah yang sempat ana kumpulkan, yang diharapkan telah mencapai maksud insya Allah, dimana fatwa-fatwa ini diiringi dalil-dalil salafiyah . Jika ada tambahan atau komen dipersilakan. Bagi para asatizah yang memberi fatwa, atau menjawab soalan perhatikanlah dahulu fatwa-fatwa ini. Ini bukan masalah khilafiyah biasa. Didalamnya terdapat aplikasi qawaid manhaj yang penting. Pada amatan ana yang lemah, ini satu masalah yang perlu dirujuk kepada kibar ulama, sebagaimana yang sering dinasihati oleh masyaikh kita. Jika mereka khilaf, kita khilaf, jika mereka ittifaq, kita juga seharusnya ittifaq, jika diantara jumhur masyaikh dan syaz, seyogianya kita tinggalkan yang syaz dan kembali bersama jumhur.


Wallahu Waliyyu at-taufiq

Sumber : http://www.fawaaid.sg/2010/05/mengangkat-tangan-dan-mengaminkan-doa.html