Monday, February 13, 2017

baca doa qunut

..orang yang memarahi ataupun mencerca orang yang baca qunut subuh adalah melampau dan salah, demikian juga orang yang memarahi dan mencerca mereka yang meninggalkan qunut subuh juga melampau dan salah..imam-imam ASWJ ada yang berpendapat baca qunut subuh seperti al-Imam as-Syafi'i dan ada yang berpendapat tidak membaca qunut itu seperti al-Imam Abu Hanifah dan al-Imam Ahmad bin Hanbal..kesemua mereka imam-imam ASWJ..masalah qunut subuh adalah khilaf fekah yang tidak menjadi sesat kerana beramal ataupun meninggalkannya..apakah Masjidil Haram dan Masjid Nabi s.a.w dah menjadi sesat kerana tidak qunut subuh?! jangan kita dirosakkan oleh Ahbash..sepatutnya kita ajak orang solat subuh..itu lebih utama untuk dilakukan.. [Dr. MAZA]

No comments:

Post a Comment